LATIHAN IMBUHAN AWALAN BER
LATIHAN 1
Pilih jawapan yang
paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Encik Azmi melarang
anaknya _______ dengan budak-budak yang nakal itu.
A. bergaul
B. bersalam
C. bertanya
D. berdebat
2. Kebanyakan penduduk
di kampung saya buta huruf dan tidak ______tinggi.
A. berkulit
B. bermata
C. berpelajaran
D. berhidung
3. Datuk Omar masih
boleh membaca perkataan-perkataan yang _______________ kecil itu.
A. berbaca
B. berwarna
C. berhuruf
D. berbuku
4. Lelaki yang
bertongkat dan ______________ tebal itu ialah bekas pengawai polis yang
dihormati ramai.
A. bermisai
B. berjanggut
C. bersikat
D. bergigi
5. pelajar-pelajar
Tingkatan Satu Cempaka ______________ tegak apabila Cikgu Jasni
masuk ke dalam kelas.
A. berjalan
B. berbaris
C. bersusun
D. berdiri
6. Adrian sering membawa
isteri dan anak-anaknya _______________ di tepi pantai
pada hari minggu.
A. berlari
B. bermain
C. berjalan
D. bersiar-siar
7. Kerajaan menggalakkan
rakyat Malaysia supaya _______________ cermat dan tidak boros berbelanja untuk
mengelakkan berlakunya inflasi.
A. bersikap
B. berjimat
C. berwang
D. berbuat
8. Encik Hakimi
_______________ hendak menghantar beberapa orang kakitangannya berkursus di
luar negeri untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikatnya.
A. berlatih
B. bercadang
C. berdiam
D. berlanggar
9. Surat yang dikirim
oleh sahabat penanya dan Indonesia belum______________ lagi.
A. berbalas
B. bersoal
C. berbuka
D. bersusun
10. Mariati ____________
dengan nasib yang menimpa penghuni asrama
perempuan itu apabila
asrama mereka hangus terbakar.
A. berenam
B. bersimpati
C. bergaduh
D. bermewah
LATIHAN 2
Isi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1. Pokok mangga yang
ditanam di belakang rumah Pak Seman _________ merah.
2. Salimah _________ di
atas katilnya sambil membaca surat khabar.
3. Puan Nooraini
_________ kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk Anwar.
4. Penyanyi yang
_________ merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang menyaksikan
persembahan di Stadium Negara.
5. Nenek Halijah
_________ kepada cucu-cucunya hingga larut malam.
6. Kami _________ telah
terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan perbahasan
peringatan sekolah-sekolah.
7. Encik Shamsuddin
melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru _________ itu.
8. Tiap-tiap hari Johari
_________ ke kebun getahnya yang terletak di hujung kampung.
9.Seluar pendeknya yang
koyak itu belum _________ .
10.Kedua-dua orang
adik-beradik itu asyik _________ seperti anjing dengan
kucing.
bersuara berdaun berbunga
berbasikal bertiga berjahit berbaju
berbaring berkelahi bercerita
LATIHAN 3
Masukkan imbuhan beR-
pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tuliskan semula
ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.
1. Pesakit itu tidak
dibenarkan memakan
makanan yang minyak dan pedas.
__________________________________________________________________
2. Adik lari-lari anak
apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.
__________________________________________________________________
3. Apabila saya pulang
dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.
__________________________________________________________________
4. Orang ramai
digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk
menjimatkan perbelanjaan harian.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
5. Kelmarin, angsa Pak
Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.
__________________________________________________________________
6. Kami empat pergi
menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium Shah Alam.
__________________________________________________________________
_________________________________________________________________
7. " Berikan kuih
ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.
______________________________________________________________
8. Apabila pihak polis
tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.
__________________________________________________________________
9.Para penonton tepuk
tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.
__________________________________________________________________
10.Mereka dua berkawan
baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.
__________________________________________________________________
LATIHAN 4 (pemulihan)
Isilah tempat kosong di
bawah ini dengan kata di dalam petak.
1. Haris dan Harison
_________ ke Seremban.
2. Sejak tadi adik
_________ saja.
3. Bulan _________ pada
waktu malam.
4. Gadis manis itu
_________ kebaya.
5. Neneknya sudah tidak
_________ lagi.
6. Ramesh selalu
_________ sejak kematian adik.
7. Bendera Malaysia
_________ biru, kuning, dan putih.
8. Kasut ayah cantik dan
_________ .
9. Murid-murid itu
_________ kaki ke sekolah.
10. Askar-askar itu
_________ dengan sungguh-sungguh untuk mempertahankan negara.
berbaju bercahaya berduka bergigi
berjalan berjuang berkereta berkilat
berwarna bermuram
LATIHAN 5 (pemulihan)
Isi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1. Orang kaya itu
_________ besar.
2. Orang yang _________
tinggi selalu dihormati.
3. Mereka _________ ke
tepi pantai.
4. Bapa saya _________
putih.
5. Dia _________ sambil
berfikir.
6. Ibu sedang _________
di dalam biliknya.
7. Dua orang budak itu
sedang __________ .
8. Ayah sedang _________
dengan jiran.
9. Laporan itu bulum
_________ lagi.
10.Surat yang _________
itu dimasukkan ke dalam sampul.
bertulis berpengetahuan berkelahi
berjalan berbual berbaju
berbasikal berlipat berkereta
bersolek
0 comments:
Post a Comment